- Lain-lain
浙江慈溪:抽凳子摔伤朋友 懊悔不已赔偿和解
Tatkala panas terik jelas terasa di serata China, masyarakat kumpulan etnik Yi di Provinsi Yunnan, barat daya China – terkenal dengan musim panasnya yang penuh bergaya, telah meraikan Pesta Obor pada hari ke-24 bulan keenam dalam kalendar lunar. Pesta Obor itu turut diperakui sebagai warisan budaya tidak ketara kebangsaan di China.
Orang ramai meraikan Pesta Obor pada hari ke-24 bulan keenam dalam kalendar lunar di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Oleh Ma Dengke)
Pesta Obor itu pada asalnya merupakan satu ritual yang diamalkan oleh nenek-moyang etnik Yi untuk menghalau serangga, memelihara tanaman, dan mendoakan terhadap kesihatan dan nasib baik.
Apabila menjelang malam, satu obor besar dinyalakan di kampung itu, manakala setiap isi rumah menyalakan obor yang lebih kecil. Orang ramai mengusung obor masing-masing di sekitar rumah dan ladang. Bahagian paling menarik dalam amalan itu adalah melemparkan campuran abu kemenyan dan tepung rosin ke arah api, iaitu sebagai tanda menyampaikan muhibah dan rahmat.
Orang ramai meraikan Pesta Obor pada hari ke-24 bulan keenam dalam kalendar lunar di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Oleh Ma Dengke)
Di beberapa kampung di Dali, Yunnan, alat pengukur yang diperbuat daripada kertas ditempatkan di atas obor nan tinggi. Ketika bingkai buluh perlahan-lahan terbakar, para pemuda akan berpusu-pusu untuk merebut bekas kertas, dengan harapan untuk mendapat sedikit nasib baik.
Sebagai sebahagian daripada perayaan itu, etnik itu turut mempersembahkan Tarian Kaki Kiri, dengan ratusan orang ramai juga turut serta berada dalam bulatan, seterusnya menyanyi dan menari untuk mendoakan tuaian yang melimpah ruah.
- Keajaiban Alam, Kuala Sungai di Yunnan Rupa “Stimbot”
- Sungai Lancang: Pemandangan Ladang Teres Musim Panas dari Udara
- 161 Bangunan Masih Baik Terpelihara di Pekan Purba Jianchuan
- Bunga Teratai Gergasi Kembang Mekar di Yunnan
- Teknologi Tinggi Dipamerkan Semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-9 di Kunming
- Kaktus Ubah Bukit Tandus Jadi Pemandangan Penuh Kehijauan
- Musim Hujan, Musim Cendawan Liar Yunnan
- Alami Pesona Semula Jadi Yunnan
- Bunga Keratan Segar Lonjak Pendapatan Pekebun di Yunnan
- Yunnan Perkenal Lebih 1,000 Jenis Baru Mawar China